Meskipun industri sarung tangan getah berkembang antara 6 hingga 8% setahun, pengasas Top Glove semalam berkata syarikatnya sedang mempertimbangkan kemungkinan kondom boleh menjadi pelengkap kepada perniagaannya.
Menurut Nikkei, syarikat yang menghasilkan satu daripada setiap empat pasang sarung tangan getah digunakan di dunia itu sedang meninjau perniagaan kondom.
“Kami perlu memberi lebih banyak perhatian dan usaha dalam melakukannya,” kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Toop Glove Lim Wee Chai.
Antara pilihan utama Top Glove ialah memperoleh mesin pembuat kondom, kata Wee Chai.
Top Glove mempunyai RM378.5 juta simpanan setakat 31 Mei dan melihat kepada pemerolehan serta berhasrat untuk mengembangkan perniagaan sarung tangannya dengan menambah kapasiti.
Pasaran pencegah kehamilan dunia bernilai AS$19.7 bilion pada 2015 dan dijangka mencecah AS$25.5 bilion menjelang 2022, menurut Credence Research yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Sementara itu, Top Glove semalam membuat kemunculan di papan utama Bursa Singapura pada nilai pembukaan S$1.62 (S$1.20).
