MBI: ‘Kecuali’ sari bermaksud boleh memakai sari

MBI: ‘Kecuali’ sari bermaksud boleh memakai sari

MBI berkata pihaknya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana kaum, terutama dalam bulan Ramadan di mana umat Islam dan bukan Islam digalakkan untuk menghormati satu sama lain.

pakai-sari

KUALA LUMPUR:
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mungkin keliru dengan penggunaan perkataan ‘kecuali’ sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Ini ekoran surat jemputan bagi majlis Perhimpunan Khas AidilFitri 2016 yang diedarkan kepada kakitangannya menyatakan kod pemakaian bagi kakitangan Melayu adalah baju kebangsaan, manakala kaum lain boleh memakai ‘baju perayaan masing-masing kecuali sari’.

Rakam layar surat tersebut tersebar di media sosial dan dikecam ramai kerana didakwa mengamalkan diskriminasi.

Berikutan itu, MBI tampil dengan penjelasan bahawa berlaku salah faham berhubung kod pemakaian di mana pihaknya tidak melarang kakitangannya memakai sari dalam majlis yang dijadualkan berlangsung pada 1 Julai ini.

“Kenyataan ‘kecuali sari’ bermakna kakitangan boleh memakai sari yang sesuai dan mereka yang bekerja di lapangan boleh memilih sama ada mahu memakai sari, pakaian formal, atau apa-apa yang sesuai dengan majlis,” kata MBI dalam satu kenyataan semalam.

MBI turut berkata pihaknya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana kaum, terutama dalam bulan Ramadan di mana umat Islam dan bukan Islam digalakkan untuk menghormati satu sama lain.

“Maka kami berharap perkara ini dapat diselesaikan secara aman,” kata kenyataan itu lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.