MB Kedah dibenarkan pulang

MB Kedah dibenarkan pulang

Menggayakan janggut gaya Perancis, Bashah tampak bersemangat selepas 18 hari dirawat di Hospital Pulau Pinang

bashah

GEORGE TOWN:
Menteri Besar Kedah dibenarkan pulang dari Hospital Pulau Pinang, selepas menjalani pembedahan pada usus awal bulan ini.

Beliau meninggalkan hospital selepas dirawat di wad Unit Rawatan Rapi selama 18 hari.

Sekitar 4.30 petang, Bashah melangkah keluar dari wad bersama isteri, Hizam Awang Ahmad.

Bashah dilihat berpakaian kemeja lengan pendek warna kuning air dan mengayakan janggut gaya Perancis.

Beliau beritahu pemberita hospital memintanya kembali untuk pemeriksaan susulan Isnin depan. Beliau tidak mengulas lanjut.

Bashah pitam semasa bermesyuarat bersama pada Adun Kedah di sebuah hotel di Alor Star 3 Jun lalu.

Beliau kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta untuk rawatan dan dimasukkan ke rawatan rapi.

Pada 6 Jun, Bashah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk pembedahan kecil pada usus, dan menjalani pembedahan lima jam dengan selamat.

Semalam, Bashah mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di wad ICU selama satu setengah jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.