Indonesia janji bantu pelarian Tamil

Indonesia janji bantu pelarian Tamil

Pejabat Imigresen juga telah menghubungi kedutaan Sri Lanka dan India berhubung perkara itu, tetapi tidak mendapat respon.

pelari-tamil_indonesia_600

KUALA LUMPUR:
Indonesia semalam berjanji akan membantu sekumpulan 43 pelarian Tamil dari Sri Lanka yang terdampar di Aceh, lapor The Jakarta Post.

Jurucakap Direktorat Jeneral Imigrasi negara itu berkata, Jakarta akan mendapatkan khidmat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) untuk proses penempatan semula pelarian berkenaan, dan buat masa ini akan membenarkan mereka tinggal di negara itu.

Bantuan, termasuk menyediakan khemah sebagai tempat perlindungan sementara dan membaiki ‘bot milik India’, yang terkandas di pantai Lhoknga, Aceh Besar.

Pendatang itu dipercayai sedang menuju ke Australia.

Kerajaan juga telah membekalkan khidmat doktor untuk memeriksa kesihatan pendatang memandangkan kebanyakan daripada mereka mengalami keletihan akut akibat berada di laut selama lebih 20 hari dalam perjalanan dari Sri Lanka sebelum ditemui oleh nelayan Lhoknga pada 11 Jun.

Pejabat Imigresen juga telah menghubungi kedutaan Sri Lanka dan India berhubung perkara itu, tetapi tidak mendapat respon, kata Heru.

Pegawai-pegawai akan memastikan semua orang Tamil yang terkandas adalah mereka yang mencari suaka politik dengan bantuan UNHCR dan IOM.

Jika mereka memenuhi kelayakan sebagai pemohon suaka, pejabat imigresen akan membolehkan kedua-dua badan antarabangsa itu mengendalikan mereka.

Walau bagaimanapun, jika mereka bukan mencari suaka politik, maka kerajaan akan menghantar mereka pulang dengan bantuan dana daripada kedutaan masing-masing.

Heru berkata, belum ada had masa tempoh pendatang itu boleh tinggal di Aceh yang ditetapkan setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.