Burung unta siapa terlepas ke jalan?

Burung unta siapa terlepas ke jalan?

Jeff Sandhu ternampak burung terbesar itu berlari dari Jalan Universiti di Petaling Jaya dan memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke arah Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang tadi.

ostich

PETALING JAYA:
Sesuatu yang pelik berlaku hari ini apabila seekor burung unta dikesan berlari di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Menurut saksi, burung unta itu dikesan berada di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan menuju arah Kuala Lumpur sekitar jam 3 petang tadi.

Sesetengah pengguna jalan raya mendakwa beberapa penunggang motosikal bertindak keluar daripada lorong motosikal untuk menunggang bersebelahan burung unta itu.

Malay Mail Online memetik penerbit BFM, Jeff Sandhu sebagai berkata, beliau ternampak burung terbesar itu berlari dari Jalan Universiti di Petaling Jaya dan memasuki lebuh raya itu menuju ke arah ibu kota kira-kira jam 3.30 petang tadi.

“Dari perhentian bas Universiti Malaya, ia berlari memasuki Lebuhraya Persekutuan dan kemudian ke lorong paling kanan melalui Bangsar South, RTM, ia hanya terus berlari.

“Ia bermula di lorong perlahan (kiri) sebelum ke lorong kecemasan. Kemudian di lorong kecemasan ia memintas sebuah kereta dan memasuki lorong laju (kanan). Ia asyik tukar lorong,” katanya.

Ramai yang tertanya-tanya dari mana burung unta itu datang apabila muncul sebuah rakaman video selama 35 saat yang mencuit hati orang ramai, termasuk pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian aneh itu.

Klip video itu yang dikongsi menerusi Facebook dan Twitter Hitz.fm telah dikongsi sebanyak 9,300 kali dan ditonton sebanyak 131,000 kali di Facebook.

“Apa? Burung unta dikesan di Lebuhraya Persekutuan…atau ia sebenarnya The Roadrunner?” soal pengguna Twitter, Steven Tan yang merujuk kepada watak kartun terkenal.

Seorang lagi netizen menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan burung itu.

Aismizubouken menulis: “Saya harap burung unta itu selamat. Lebuh raya itu penuh dengan kereta laju. Saya benar-benar risau dengan keselamatan burung unta itu.”

Car Magazine Malaysia turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat di Twitter “Berhati-hati. Jangan langgar ‘the roadrunner’!”

Seorang pengguna Facebook, Yusrizal Ome berpendapat burung unta itu mempunyai etika yang lebih baik daripada pengguna jalan raya lain.

“Burung unta pun tahu jangan gunakan lorong kecemasan apabila hendak cepat.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.