Lazimnya ia disebabkan tabu budaya dan takut apa yang akan berlaku selepas meninggal dunia, katanya kepada FMT.
“Kematian itu menakutkan, jadi orang tidak mahu tahu mengenainya.
“Takut menyebabkan kejahilan, dan kejahilan meningkatkan rasa takut. Kita berusaha keras untuk menghilangkan rasa itu,” katanya menambah orang ramai enggan menerima fakta yang diberi apabila mereka takutkan sesuatu.
“Akhirnya, orang tidak mahu mengikrarkan organ walaupun tahu agama mereka membenarkannya.”
Beliau berkata imej dan video ngeri yang ada di Internet juga mengusutkan lagi masalah itu.
Lela turut mengutuk sindiket penyeludupan organ yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah dan miskin.
Katanya, akta baharu sedang diusahakan untuk menangani perdagangan haram itu.
Beliau berkata Malaysia juga antara penandatangan dalam Konvensyen Istanbul, yang antara lain menyasarkan pembasmian pemindahan organ komersial.
“Setiap pemindahan dibuat di sini dilaporkan dan kami juga mempunyai pendaftaran pemindahan dalam negara. Negara lain dan badan antarabangsa turut memantau kami.”
Katanya, media juga boleh memainkan peranan mendidik masyarakat mengenai pendermaan organ dan membantu meningkatkan kepercayaan orang ramai mengenainya.
Rakyat Malaysia boleh mengikrarkan organ mereka dengan mendaftar di laman web NTRC, atau pergi ke hospital kerajaan.