“Saya kenal dia. Dia bukan hanya ahli, tetapi orang Umno. Saya yakin dan percaya dia tetap orang Umno,” kata Nazri semalam, merujuk Datuk Ramly Zahari Ramly.
Ramli pernah menjadi Adun Manong selama empat penggal juga sebelum ini dilaporkan tidak berpuas hati apabila tidak dipilih sebagai calon BN dalam PRK kali ini.
“Kita baca laporan, dia hanya terkilan. Ia tanda positif kerana sebagai orang Umno, saya tidak rasa dia akan buat sesuatu yang merugikan Umno,” katanya.
Nazri sebelum ini pernah mencadangkan nama Ramly sebagai calon BN dalam PRK ini.
FMT sebelum ini melaporkan seorang tokoh veteran Umno mendakwa Umno Kuala Kangsar sentiasa terbahagi kepada dua kem – Allayarham Wan Mohammad Khair-il dan Ramly.
Sementara itu, bercakap pada pemberita, Mastura berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Ramly.
