Katanya, ini kerana lagu tersebut mengandungi mesej detik-detik anaknya bersama bapa mereka, allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga bekas ahli Parlimen Kuala Kangsar.
“Lagu itu sangat menyentuh hati saya. Lagu itu memberi mesej kepada rakyat Malaysia supaya hargai ayah mereka yang masih hidup. Apa yang dilalui kenangan bersama ayah. Saya harap anda suka,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media di kediamannya, hari ini.
Mastura juga mengakui allahyarham Wan Khair-il sendiri yang menyarankan kepada anaknya, Wan Imar untuk mempunyai single sendiri.
Katanya, allahyarham dapat melihat bakat dan minat mendalam Wan Imar dalam bidang seni muzik.
“Dua bulan yang lepas, allahyarham sendiri telefon Datuk Norman (KRU), sebab Iman sebelum ini pernah mencipta tujuh lagu dan memuat naik di YouTube.
“Dia (Wan Imar) memang minat membuat lagu dan mempunyai studio sendiri. Allahyarham merasakan daripada dia buat lagu yang tidak formal dan tanpa arah, lebih baik dia fokus dengan betul dalam bidang itu. Dan allahyarham jumpa Norman ketika itu.
“Namun, apabila tragedi berlaku, Norman telefon Imar dan berkata kepadanya mungkin sudah tiba masanya Imar ada single sendiri,” katanya.
Wan Imar, 25, anak kedua daripada empat beradik sebelum ini mengakui dia mencipta lagu istimewa berbentuk doa buat ayah tercinta.
Lagu Wan Imar disunting KRU Music sejak pertengahan bulan lalu.
Katanya, lagu Pinggiran Syurga ciptaan bersama dengan Edry Abdul Halim, antara lain menceritakan emosi yang dilalui mereka sekeluarga selepas pemergian allahyarham.
Wan Imar berkata, beliau diperkenalkan dengan Norman yang juga pemilik empayar KRU, oleh arwah ayahnya yang menyedari minatnya dalam bidang muzik.
“Abang Norman kemudian mengajak saya membuat uji bakat di KRU. Tetapi, selepas berlakunya nahas mengorbankan ayah, saya fikir niat untuk membuat lagu ini lebih perlu dan tepat.
“Saya tidak boleh cari sebab kenapa saya perlu menangguhkan projek ini,” katanya.
Wan Imar yakin sekarang masa yang tepat untuk melancarkan single istimewa untuk allahyarham ayahnya.