Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian itu berlaku pada jam 9.41 malam.
Selepas menyedari kejadian itu, jemaah wanita lain segera membantu mangsa.
Imam masjid itu, Rosli Md Yusof yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, jemaah lelaki langsung tidak menyedari insiden itu dan solat tarawih diteruskan sehingga selesai.
“Saya difahamkan jemaah wanita itu berusia sekitar akhir 30-an, tidak menerima sebarang rawatan dan terus menyambung solat tarawih selepas dia (bangkit daripada) jatuh,” katanya.
Punca wanita itu rebah selama beberapa saat bagaimanapun tidak diketahui.
Rakaman CCTV selama 51 saat itu kemudiannya tersebar di aplikasi WhatsApp dengan ada yang menganggap wanita itu meninggal dunia ketika mengerjakan solat.
