Kedudukan hutang negara lebih baik daripada Singapura

Kedudukan hutang negara lebih baik daripada Singapura

Najib mengingatkan pengundi supaya tidak mendengar apa yang diperkatakan calon lain, selain BN.

najib-kuala-kangsar
KUALA KANGSAR: Semua pengundi di Kuala Kangsar diingatkan supaya tidak termakan dakyah dan tipu helah pembangkang berhubung hutang negara.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hutang negara berada di tahap yang mampu ditangani kerajaan pimpinan BN, malah kedudukan hutang negara kini dalam keadaan lebih baik daripada negara jiran, Singapura.

“Jangan dengar calon PAN (AMANAH) bercakap, pakai dan dengar apa bank dunia cakap, apa IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) cakap, badan-badan perbankan cakap, mereka semua kata ekonomi negara di bawah kerajaan BN diurus dengan begitu baik sekali.

“Kenyataan pembangkang dalam soal hutang negara yang seolah-olah hutang negara terlalu besar tidak disertakan fakta yang cukup tepat dengan keadaan sebenar.

“Banyak negara lain yang ekonominya jauh lebih baik seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura tetapi jumlah hutang per kapitanya lebih besar daripada kita,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 500 hadirin dalam Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah di Dewan Jubli Perak hari ini.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, jika hutang negara terlalu banyak, kerajaan tidak akan mampu membela nasib rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan.

“Kalau tidak takkan saya boleh hadir untuk umumkan sesuatu kepada pekebun kecil.

“Kalau kita tak urus ekonomi dengan baik, takkan saya dapat umum bantuan RM500 untuk penjawat awam, bantuan hari raya termasuk kepada mereka yang pencen,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.