
Menurut Hadi, rakyat Sabah bukanlah lemah atau mudah terpengaruh, dan menggunakan kenyataan mengenai roti itu untuk menyentuh isu yang lebih besar tentang hutang dan aset negara.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan tular Exco Kedah Mansor Zakaria bahawa undi Sabah boleh dimenangi ‘dengan roti Gardenia’.
Kenyataan Mansor yang dianggap biadab dan merendah-rendahkan rakyat Sabah itu tular di media sosial, sebelum beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu pada sidang DUN Kedah.
Hadi berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada pemimpin yang ‘menjual negara’ dan menanggung hutang yang besar, bukannya pada kenyataan Mansor.
“Besarkan hal roti (Gardenia) ni, lupa tentang negara kita digadai … ini kita kena sedar,” katanya dalam klip pendek di Instagram.
“Saya rasa orang Sabah lagi cerdik daripada pemimpin negara. Orang Sabah makan roti Gardenia sahaja … (sedangkan) pemimpin negara jual negara berapa billion?”