“Sebagai pegawai pengurus, saya menerima kertas penamaan daripada tiga calon. Mereka mengemukakan kertas pencalonan dan saya menyemak, saya berpuas hati.
“Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH, Abdul Rani Osman daripada PAS,” Kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam.
Ketika berarak menuju ke Dewan Seri Bernam, jelas menunjukkan bilangan penyokong PAS dan BN hampir sama iaitu kira-kira 1,000 orang. Manakala, bilangan penyokong AMANAH pula hanya kira-kira 400 orang.
Pada PRU13 lalu, bekas calon PAS, Mohamed Salleh M Husin hanya tewas majoriti 399 undi kepada calon BN allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
PRK Sungai Besar terpaksa diadakan selepas Noriah meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada PRN Sarawak awal bulan lalu.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18% pengundi Melayu, 30.68% pengundi Cina, 1.91% pengundi India dan 0.23% pengundi kaum lain.