Muhammad Ali tenat

Muhammad Ali tenat

Bekas juara tinju berusia 74 tahun itu dimasukkan ke hospital Khamis lalu akibat masalah pernafasan.

Muhammad-Ali

LOS ANGELES:
Keadaan kesihatan legenda tinju dunia, Muhammad Ali kini dilaporkan semakin tenat, menurut sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan yang sedang dirawat kerana masalah pernafasan di Phoenix, Arizona.

“Keadaannya sangat tenat,” kata sumber yang tidak mahu dikenali.

Bekas juara tinju heavyweight dunia berusia 74 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Khamis lalu akibat masalah pernafasan dengan media AS melaporkan keadaannya dirumitkan lagi dengan penyakit Parkinson.

– AFP

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.