Memasuki pertandingan kerusi Parlimen sebagai ‘underdog’, Barisan Nasional menggunakan pendekatan unik bagi memperkenalkan calonnya, Budiman Mohd Zohdi.
Jentera BN mencipta karikatur Budiman yang dilihat menyerupai watak adiwira yang diilhamkan daripada lukisan Jerry Siegel dan Joe Shuster.
Dalam watak yang tersebar melalui WhatsApp itu, ADUN Sungai Panjang dipakaikan baju warna biru dan mantel kuning, berserta slogan “Ini bukan Superman…ini bukan Batman…inilah Budiman”.
Sementara itu, Pakatan Harapan dan PAS pula lebih tradisional dengan menggunakan mugshot calon masing-masing untuk menarik sokongan pengundi.
AMANAH bagaimanapun tampak lebih yakin dengan pilihan mereka dengan menyediakan latar belakang kerjaya, pendidikan dan pencapaian Azhar Abdul Shukur.
Manakala PAS pula mahu memanfaatkan kelebihan calon mereka, Dr Abdul Rani Osman berinteraksi dengan orang kebanyakan seperti gambarnya bersalaman dengan lelaki berkerusi roda.
