Gambar Putera Charles cium ‘anak ikan’ palsu

Gambar Putera Charles cium ‘anak ikan’ palsu

Majalah gosip itu turut mendakwa Putera Charles adalah gay dan beliau bersama Camilia sedang berunding untuk bercerai.

prince-charles

PETALING JAYA:
Majalah Amerika Syarikat, Globe baru-baru ini menyiarkan gambar kononnya Putera Charles mencium ‘anak ikannya’ di tempat awam adalah palsu.

Majalah gosip itu turut mendakwa Putera Charles adalah gay dan beliau bersama isterinya, Camilia sedang berunding untuk bercerai.

Ratu Elizabeth II pula didakwa tidak lagi bercadang menyerahkan takhta kepada beliau, sebaliknya akan serahkan kepada cucunya, William.

Sin Chew Daily melaporkan gambar-gambar Putera Charles itu disahkan palsu kerana ramai yang tidak nampak ada perkataan kecil tertera “Photo Recreation” di sebelah gambar-gambar berkenaan.

Rupa-rupanya majalah terbabit telah mencari model lelaki untuk berlakon sebagai Charles dan ‘anak ikannya’ bagi merakamkan gambar-gambar itu.

Sejak 2010, Globe mula menyiarkan laporan mengatakan Putera Charles adalah gay, namun tiada gambar yang dapat membuktikan beliau ialah homoseksual.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.