Program MyBeras ditangguh

Program MyBeras ditangguh

Penangguhan dibuat untuk memberi ruang kepada penambahbaikan mekanisme pengagihan, katanya dalam satu kenyataan.

YBhg. Datuk Dr. Ismail bin Hj Bakar

PUTRAJAYA:
Pelaksanaan program MyBeras yang sepatutnya bermula 1 Jun ini ditangguhkan, umum Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Penangguhan dibuat untuk memberi ruang kepada penambahbaikan mekanisme pengagihan, katanya dalam satu kenyataan.

“Saya bagi pihak kementerian memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” katanya.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Di bawah program itu setiap keluarga yang layak akan menerima 20 kilogram (kg) beras setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada bulan lepas dilaporkan berkata seramai 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20 kg beras percuma setiap bulan menerusi program MyBeras.

Jumlah penerima bantuan dibuat berdasarkan data e-Kasih yang dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sehingga 15 Mac lepas, katanya.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.