Pos Malaysia Lancar Pos Laju Ezibox

Pos Malaysia Lancar Pos Laju Ezibox

Pelanggan kini boleh mendapatkan bungkusan mereka dalam tempoh 48 jam di lokasi terpilih atau pejabat mereka 24 jam sehari

POS malaysia

KUALA LUMPUR:
Pos Malaysia Bhd hari ini melancarkan ‘Pos Laju Ezibox’ iaitu perkhidmatan percuma 24 jam untuk orang ramai mengambil bungkusan mereka di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, perkhidmatan itu terutama untuk pelanggan Pos Laju yang tiada di rumah untuk menerima bungkusan mereka.

“Dengan Pos Laju Ezibox, pelanggan kini boleh mendapatkan bungkusan mereka dalam tempoh 48 jam di lokasi paling dekat dengan rumah atau pejabat mereka 24 jam sehari.

“Kami akan menghantar mesej pesanan ringkas dengan nombor pengenalan diri kepada pelanggan untuk mengambil bungkusan mereka di lokasi terpilih. Setiap pelanggan diberi satu lokar bagi setiap barang,” kata Mohd Shukrie.

Menurutnya, pengenalan Pos Laju EziBox adalah satu daripada inisiatif Pos Malaysia untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai.

“Perkhidmatan itu akan diperluas kepada pembeli dalam talian untuk memilih Pos Laju Ezibox sebagai alternatif mereka kepada penghantaran Pos Laju atau alamat penghantaran,” katanya.

Lokasi terpilih yang menawarkan perkhidmatan Pos Laju EziBox ialah Hab e-Dagang Pos Malaysia di Kompleks Dayabumi, Stesen LRT Gombak, Pejabat Pos Johor Baru, Pejabat Pos Chukai di Terengganu, Stesen Minyak Shell Taman Connaught, Gombak dan Pejabat Pos Sungai Besi, Stesen Minyak Shell Damansara Jaya serta Pejabat Pos Kelana Jaya.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.