Pemandu ditahan gara-gara tampar polis

Pemandu ditahan gara-gara tampar polis

Pemandu kereta mewah itu enggan menyerahkan lesen memandunya kepada anggota polis trafik untuk diperiksa, ketika melalui satu sekatan jalan raya di Jalan Kepong pada Isnin lalu.

tampar_polis_6001

PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan gara-gara menampar seorang polis trafik pada awal pagi kelmarin.

Menurut China Press, kejadian itu berlaku pada jam 2.30 pagi Isnin lalu ketika satu sekatan jalan raya diadakan di Jalan Kepong, ibu negara.

Seorang pemandu kereta Mercedes-Benz berbangsa Cina bukan sahaja enggan menyerahkan lesen memandunya kepada anggota polis trafik untuk diperiksa, malah dia bertindak memaki sebelum menampar penjawat awam itu.

Susulan itu, suspek ditahan di tempat kejadian dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur untuk disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.