Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, banduan dari Penjara Kajang itu masih memakai seluar penjara berwarna merah, berbaju t-shirt putih dengan tangan kirinya bersimen.
Beliau berkata, banduan itu dipercayai melarikan diri menuju ke ibu negara dengan menaiki bas RapidKL kira-kira jam 8.10 malam Khamis.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan berkenaan diminta menghubungi Penjara Kajang dan balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.15 malam.
Katanya, lelaki itu yang beralamat terakhir di Taman Intan Baiduri di sini menjalani hukuman mulai Selasa lepas hingga Disember ini atas kesalahan menagih dadah.
– BERNAMA
