Lelaki patah kaki gara-gara tersepit di pintu lif

Lelaki patah kaki gara-gara tersepit di pintu lif

Ketika kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lima individu baru memasuki lif itu di tingkat dua ibu pejabat MCA.

lif

PETALING JAYA:
Kaki seorang lelaki patah selepas tersepit di pintu lif yang sedang turun ke tingkat bawah di Wisma MCA hari ini.

Menurut laporan China Press, ketika kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lima individu baru memasuki lif itu di tingkat dua ibu pejabat MCA.

Bagaimanapun, kaki kanan mangsa yang berusia 50-an itu tersepit di pintu lif ketika lif itu turun ke tingkat bawah.

Difahamkan, lelaki berbangsa Cina itu baru sahaja menghadiri sebuah upacara pelantikan jawatan pagi tadi.

Pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.