Lelaki jalani transplan zakar pertama di AS

Lelaki jalani transplan zakar pertama di AS

Dia menjalani prosedur pembedahan transplan selama 15 jam di hospital umum Massachusetts selepas menerima organ itu dari seorang penderma.

transplant

PETALING JAYA:
Seorang lelaki menjadi manusia pertama yang berjaya menjalani pemindahan zakar selepas ia terpaksa dipotong akibat kanser pada 2012.

Thomas Manning, 64, seorang kakitangan kurier sebuah bank menjalani prosedur pembedahan transplan selama 15 jam di hospital umum Massachusetts, Boston di Amerika Syarikat selepas menerima organ itu dari seorang penderma.

Organ itu diperoleh daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.

“Saya mahu kembali kepada kehidupan saya semula,” kata Manning dalam satu temuramah dengan New York Times di bilik hospitalnya.

Gembira kerana pembedahan berjalan lancar selain dia tidak merasai sebarang sakit, Manning akui tidak sabar untuk pulang ke rumahnya.

Pakar bedah plastik dan konstruktif semula, Dr. Curtis L. Cetrulo berkata, “Kami sangat berhati-hati dan optimistik. Ia pengalaman baharu buat kami.”

Manakala pakar urologi Dr. Dicken Ko pula memberitahu pemindahan zakar dilakukan dengan memastikan pihaknya memenuhi tiga kriteria utama.

“Kriteria atau peringkat pertama, ialah penampilan kemaluan secara luaran; kedua adalah untuk mewujudkan fungsi perkumuhan dan kesinambungan saluran kencing dan ketiga potensi berfungsi secara seksual.”

Manning yang terbuka menceritakan pengalaman dan apa yang dilalui mahu segala stigma berkaitan kanser kelamin dikongsi supaya ia menyedarkan orang ramai.

“Jangan sembunyi. Anda juga boleh hidup normal dengan bantuan perubatan,” katanya.

Dia dikatakan mempunyai harapan untuk memiliki kehidupan seksual seperti lelaki biasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.