Pertengkaran bermula apabila RSN Rayer (DAP-Seri Delima) menghentam Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) kerana menghadiri wacana menghadkan penggal perkhidmatan Ketua Menteri anjuran komponen BN, GERAKAN.
Yee Cheu memilih untuk berdiam diri walaupun dikritik.
“Tindakan Tanjung Bungah (Teh) menghadiri wacana anjuran parti lain adalah memalukan dan mendukacitakan. Tindakannya tidak boleh diterima,” kata Rayer.
Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) bingkas mencelah dan berkata seruan menghadkan penggal perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal sahaja merupakan langkah ke arah yang betul.
Lydia menjelaskan langkah itu akan memastikan kepimpinan tertinggi tidak menyalahgunakan kuasa sekiranya berkhidmat terlalu lama.
Speaker, Law Choo Kiang kemudiannya meminta kedua wakil rakyat supaya duduk.
Choo Kiang mengingatkan Rayer supaya menumpukan perhatian kepada perbahasan dan tidak menyerang secara peribadi.
Rayer bagaimanapun kembali menyelar Yee Cheu dan Lydia, sebelum diberi peringatan tegas oleh Speaker.
Yee Chew sebelum ini menyerahkan usul supaya menghadkan penggal perkhidmatan ketua menteri Pulau Pinang kepada dua penggal dan membenarkan wanita memegang jawatan itu.
Usul bagaimanapun ditolak sebelum dewan bersidang atas alasan teknikal.
Tidak putus asa, Yee Chew berkata akan mencuba sekali lagi pada sidang akan datang. Ini merupakan kali ketiga usulnya ditolak
