Katanya, tindakan itu perlu bagi memudahkan polis menangkap penjenayah siber tersebut.
“Kami mengesan seorang wanita dipedaya menerusi Love Scam dan ditipu jumlah wang yang besar, iaitu RM2 juta. Kami tahu mengenainya dan dalam usaha untuk meminta dia membuat laporan polis.
“Mungkin dia malu, tetapi kami tak boleh membiarkan perkara ini berlaku. Saya amat berharap wanita ini tampil membantu siasatan polis untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Oleh Pengerusi DRB-HICOM untuk penajaan pendingin hawa Surau Maktab PDRM Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Dalam pada itu, Khalid mengingatkan semua orang supaya berhati-hati dengan penipuan Love Scam atau turut dikenali Romance Scam di internet yang menyasarkan golongan tertentu menggunakan ayat cinta untuk mempengaruhi mereka.
Jelas Khalid lagi, penipuan Love Scam ini bukan sahaja melibatkan mangsa wanita tetapi juga lelaki.
“Lelaki juga jadi mangsa, tetapi lelaki enggan buat laporan polis. Saya ingin nasihatkan agar jangan cepat terpedaya dengan pujukan gadis manis melalui Internet, kerana anda mungkin mangsa love/romance scam itu,” katanya.
Terdahulu, Khalid mengucapkan syabas kepada polis kerana berjaya menangkap tiga orang warga asing (2 Nigeria) di Cheras dan Kajang yang terlibat dalam penipuan Love Scam.
“Selesai 8 kes Love Scam libatkan kerugian lebih RM2.1 juta,” katanya di Twitternya.