Teng lepas jawatan CC GERAKAN?

Teng lepas jawatan CC GERAKAN?

GERAKAN bakal mengadakan mesyuarat CC pada akhir bulan ini untuk membincangkan sama ada akan menerima peletakan jawatan Chang Yeow.

Teng-Chang-Yeow

PETALING JAYA:
Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu.

Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Cheah Soon Hai ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat itu telah diserahkan kepada presiden parti, Datuk Mah Siew Keong.

“GERAKAN bakal mengadakan mesyuarat CC pada akhir bulan ini untuk membincangkan sama ada akan menerima peletakan jawatan Chang Yeow itu,” katanya kepada Sin Chew Daily hari ini.

Soon Hai berkata, Chang Yeow adalah ahli CC yang dilantik dan keputusan itu dibuat kerana beliau sibuk dengan urusan peribadi dan akan kerap ke luar negara.

“Beliau berharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang muda,” katanya.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu, jawatan Chang Yeow selaku Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang tidak berubah sehingga GERAKAN pusat mengadakan mesyuarat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.