Undang-undang vape hujung tahun ini – Subra

Undang-undang vape hujung tahun ini – Subra

Kawalan juga akan ditangani oleh pelbagai kementerian mengikut bidang kuasa.

vape
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan dijangka selesai menggubal peraturan-peraturan keatas vape hujung tahun ini, kata Menterinya, S Subramaniam.

“Kita sedang memuktamadkan undang-undangnya. Ia akan meliputi banyak perkara daripada perusahaan hingga penggunaan,” kata Subramaniam kepada pemberita hari ini.

Kawalan-kawalan itu, menurut menteri, akan ditangani oleh pelbagai kementerian mengikut bidang kuasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan seusai sidang media mengiktirat Hari Jururawat Antarabangsa yang akan disambut esok, 12 Mei.

Subramaniam menggesa jururawat supaya memperoleh ijazah memandangkan kebanyakan jururawat hanya mempunyai diploma. Menurut beliau, hanya sekitar 652 jururawat di hospital kerajaan yang memegang ijazah.

Sejumlah 89,000 jururawat berkhidmat di sektor awam, dan 38,000 di sektor swasta.

“Jururawat di sektor awam memainkan peranan yang lebih luas, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman,” kata Subramaniam, dan menambah ini membantu menangani kadar kematian bayi dan ibu bersalin.

Subramaniam berkata dalam lawatannya ke Sarawak baru-baru ini beliau mendapati ada jururawat berkhidmat di kawasan-kawasan pedalaman yang hanya boleh dikunjungi dengan bot.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.