
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata rampasan peranti vape dipercayai tidak berkastam itu dibuat menerusi serbuan pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis pada 22 Sept lalu.
Beliau berkata, peranti itu dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui jalan laut.
“Hasil pemeriksaan menjumpai peranti vape ini dan melibatkan nilai cukai RM223,020. Modus operandi dipercayai dengan meninggalkan kotak berisi peranti vape di kawasan semak dan dipercayai akan diambil individu lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Dalam perkembangan beransingan, beliau berkata, pihaknya turut merampas 11kg kanabis dianggarkan bernilai RM46,200 di kawasan tambak pesisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, pada 6 Okt lalu.