Irshad memuatnaik gambar majlis perkahwinan mereka di laman Facebook miliknya.
“Baru berkahwin! Album foto bakal menyusul. Buat masa ini, terima kasih atas semua ucapan tahniah, mabrouk (rahmat) dan ucapan selamat. Laura dan saya baca semua catatan. Kami sangat menghargainya,” tulis Irshad.
Warganegara Kanada ini yang mengaku dirinya seorang ‘muslim liberal’ mengundang kontroversi diatas pendirian pro-LGBT. Bukunya ‘Allah, Freedom and Love” dalam versi bahasa Melayu diharamkan kerana melanggar undang-undang di negara ini.
Pengharaman itu turut menyaksikan penerbit, Mohd Ezra Zaid diheret ke Mahkamah Syariah kerana menerbitkan terjemahan buku itu.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurus kedai buku Borders, Nik Raina Nik Abdul Aziz.
Albano seorang pecacah tatu di Pusat Rawatan UCLA dan Hospital Cedars-Sinai di Long Angeles, Amerika Syarikat. Dia membantu merawat parut pada tubuh melalui cacahan perubatan.
