
Stesen penyiar nasional itu berkata pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh terhadap siri animasi yang kali terakhir disiarkan di TV2 pada 18 dan 19 April pada pukul 9 pagi itu.
“Sebagai stesen penyiaran awam negara, RTM sentiasa komited dan berpegang teguh kepada prinsip untuk menyediakan kandungan program berkualiti, selamat dan mematuhi sensitiviti masyarakat, agama serta norma budaya tempatan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya mengkritik RTM dan berkata ini adalah kali kedua RTM menyiarkan kartun yang mempunyai unsur LGBT.
Ahmad mempersoalkan proses tapisan yang dilakukan oleh penerbit RTM, dengan menyatakan mereka perlu lebih berwaspada terhadap usaha terselindung untuk menyebarkan unsur LGBT dalam masyarakat melalui kartun.
Tahun lalu, RTM menggantung siaran kartun ‘Santiago of the Seas’ susulan aduan mengenai unsur LGBT secara tidak langsung dalam rancangan animasi tersebut.