Taikun pakaian dalam kongsi detik memalukan dukung lelaki

Taikun pakaian dalam kongsi detik memalukan dukung lelaki

Seorang wanita yang duduk di barisan hadapan menjerit, "Turunkan dia, dia suami saya!" barulah Michelle sedar kanak-kanak itu sebenarnya lelaki dewasa berusia 46 tahun.

Michelle-Mone

PETALING JAYA:
Taikun pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi detik memalukan apabila secara tidak sengaja mendukung lelaki berusia 46 tahun di khalayak ramai.

Dalam satu persidangan usahawan di Vietnam dua hari lalu, Michelle didekati seorang ‘kanak-kanak’ membawa jambangan bunga ke atas pentas.

“Detik paling memalukan. Berucap di Vietnam depan 3,000 orang, ingat dia kanak-kanak berusia 6 tahun, mendukungnya, dia seorang lelaki dewasa,” demikian tulisnya dalam laman Twitter Michelle, Lady Mone.

Daily Mail melapor, Michelle akui ada sesuatu yang tidak kena selepas mendukung lelaki apabila semua orang mula ketawa.

“Saya sedar sesuatu yang tidak kena selepas mendapati gigi lelaki itu berwarna kekuningan seperti orang merokok,” katanya.

Sehinggalah seorang wanita yang duduk di barisan hadapan menjerit, “Turunkan dia, dia suami saya!” barulah Michelle sedar kanak-kanak itu sebenarnya lelaki dewasa berusia 46 tahun.

Bagimanapun motif sebenar lelaki itu menaiki pentas tidak dapat dipastikan selain untuk memberi jambangan bunga.

Michelle juga seorang bekas model yang memperaga pakaian termasuk pakaian dalam wanita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.