Ahli Parlimen Sipitang cedera kemalangan

Ahli Parlimen Sipitang cedera kemalangan

Sapawi yang duduk di kerusi penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda itu mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian dada.

accident-sapawi

BEAUFORT:
Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM18.5 Jalan Beaufort-Sipitang semalam, selepas kenderaan dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Mohd Azmir Abdul Razak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, Sapawi yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda itu mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian dada.

Katanya, pemandu kenderaan yang dinaiki Sapawi itu, Abdul Madi Awangku mengalami kecederaan parah di bahagian kaki, manakala seorang lagi penumpang kenderaan itu, Mohd Dzul Mohd Kassim cedera ringan di kepala.

Bagaimanapun, pemandu sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu, Zarbaniah Maritus cedera parah di bahagian kaki.

Mohd Azmir berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki bersendirian oleh Zarbaniah dari arah Beaufort ke Sipitang terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum melanggar kenderaan dinaiki Sapawi.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.