Keputusan: PKR kini saingan BN di luar bandar, pedalaman

Keputusan: PKR kini saingan BN di luar bandar, pedalaman

BN tidak boleh lagi memandang rendah kepada PKR kerana sokongan di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman menunjukkan peningkatan berbanding PRN sebelum ini.

Tian-Chua,sarawak

PETALING JAYA:
Meskipun berdepan peratusan keluar mengundi yang rendah, jumlah undi tidak rasmi yang diterima PKR dari kawasan luar bandar dan pedalaman menunjukkan peningkatan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata perkembangan itu menunjukkan tanda-tanda partinya bakal menjadi pesaing yang kuat kepada BN di kawasan-kawasan terbabit dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Kalau lihat statistik, PKR melakukan dengan baik dan di kawasan luar bandar kita mampu memberikan saingan terutama di tempat yang sebelum ini kita sudah hilang deposit.

“Di tempat yang PKR banyak melaburkan usaha, terutama di kawasan pedalaman bagi kaum Iban dan Melanau telah menunjukkan peningkatan sokongan kepada kita.

“BN tidak boleh lagi memandang rendah kepada kita seperti PRN yang lalu iaitu di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

PKR bertanding di 40 kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Mengulas peratusan keluar undi yang rendah pada pilihan raya kali ini, Tian Chua menyifatkan perkembangan itu berpunca daripada protes senyap rakyat Sarawak terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Rakyat Sarawak hanya mahu ‘cukup-cukup menang’. Mereka tidak mahu kemenangan BN Sarawak menaikkan imej Najib,” katanya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.