PBDS-Baru tidak lagi ‘mesra BN’

PBDS-Baru tidak lagi ‘mesra BN’

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru bergerak solo dan tidak memihak kepada mana-mana perikatan

PBDS-Baru

MIRI :
PBDS-Baru mengambil keputusan untuk bertukar arah dengan mengisytiharkan mereka bukan lagi parti ‘mesra BN’, dan mahu menjadi parti pembangkang yang memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Mengisyitharkan mereka juga tidak akan bersekongkol dengan Pakatan Harapan, ketua penerangannya, Bobby William berkata PBDS-Baru mahu memainkan peranan sebagai “pengimbang” kepada pentadbiran kerajaan baharu yang diberi mandat kelak.

“Sebagai sebuah parti pembangkang tempatan, PBDS-Baru akan memastikan hak-hak anak Sarawak lebih-lebih lagi suku kaum Dayak akan dibela seadilnya,” katanya di satu sidang media hari ini.

Parti itu, William berkata, mengalu-alukan mana-mana calon daripada 35 calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya kali ini untuk menyertai mereka samada kalah atau menang.

Sebelum pengumuman ini, PBDS-Baru dilihat menyokong pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Ditubuhkan pada 2013, PBDS-Baru mengemukakan lima calon pada pilihan raya negeri ke-11.

Mereka adalah Patrick Anek Uren (Opar), Mark Murau Sumon (Kedup), Cobbold Lusoi (Bukit Semunja), Pok Ungkut (Balai Ringin) dan Philemon John Edan (Senadin).

Sebelum berpaling daripada perikatan pemerintah, PBDS-Baru antara kumpulan parti mesra-BN yang turut disertai Teras, SWP dan UPP.

Lebih daripada 1.1 juta rakyat Sarawak akan mengundi dalam pilihan raya pertama selepas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tan Sri Taib Mahmud.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.