Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Jabatan Siasatan Jenayah D9 IPK Pahang kira-kira pukul 2.40 pagi di Taman Astana Permai, Bandar Indera Mahkota.
“Lelaki itu dipercayai mengeluarkan kata-kata itu menerusi laman Facebook dikenali sebagai The Elephant Skull. Polis turut merampas dua komputer riba dan sebuah telefon bimbit jenis Iphone 5,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM), yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan laman Facebook untuk memuat naik komen bersifat fitnah, menghasut, lucah, membenci, menyakitkan hati, sindiran serta provokasi.
– BERNAMA
