Helikopter membawa VIP dilapor hilang di Sarawak

Helikopter membawa VIP dilapor hilang di Sarawak

Unit khas penyelamat dalam keadaan siap sedia sementara menunggu pengesahan lokasi helikopter yang hilang

Civil Aviation Department Director Azharudin Abdul Rahman

PETALING JAYA:
Helikopter yang dinaiki oleh sekumpulan VIP dari Betong ke Kuching dilaporkan hilang, petang tadi.

Media melaporkan komunikasi dengan pesawat terputus di daerah Sebuyau kira-kira jam 5 petang.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman mengumumkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan serta merta bagi mengesan kedudukan sebenar helikopter terbabit.

“Helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang,” katanya.

BERNAMA melaporkan pihak DCA belum terima sebarang berita mengenai helikopter itu setakat jam 10 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad turut mengumumkan Unit Khas Penyelamat Taktikal Sarawak dalam keadaan siap sedia sementara menunggu pengesahan lokasi helikopter yang hilang.

Adalah dipercayai enam orang termasuk juruterbang berada dalam pesawat tersebut.

Sumber memberitahu, salah seorang penumpang merupakan timbalan menteri dan pasangannya, seorang ketua setiausaha kementerian, dan seorang pengarah agensi kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Twitter menulis: “Mohon doakan keselamatan mereka.”

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di Twitter pula berkata: “Sebuah helikopter yang membawa pimpinan hilang di Sarawak. Mari kita berdoa semoga semua penumpang dan krew selamat dan segera ditemui.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.