Lelaki hina Islam ditahan polis

Lelaki hina Islam ditahan polis

Terdahulu, Khalid mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap.

hina-islam
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping ditahan polis.

Menurut aporan Bernama, suspek Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag ‘pouch’ biru daripada suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama ‘Gunalan Muniandy’ dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.