Ular berwarna kelabu sepanjang dua meter itu dijumpai pelajar SMK Pantai, ketika mereka sedang belajar di makmal berkenaan, pada jam 11 pagi Selasa dan segera memaklumkannya kepada guru.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin memberitahu Bernama, satu pasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian, selepas pihaknya menerima panggilan daripada guru sekolah terbabit.
“Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu, sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah.
“Kami mengambil langkah lebih berwaspasda dalam menangani ular tedung, kerana ia berbahaya. Nasib baiklah tiada murid yang cedera,” katanya.
Beliau berkata, pasukan berkenaan mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar.
– BERNAMA
