Daripada jumlah itu, satu kematian dicatatkan di Kelantan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, peningkatan kes patukan ular itu berpunca daripada cuaca panas terik yang telah mengubah tabiat ular.
Jelasnya, faktor mangsa tidak dapat mengenal pasti jenis ular yang mematuk mereka telah menyukarkan usaha hospital dalam memberikan rawatan.
Menurutnya, terdapat dua jenis antivenom yang digunakan untuk merawat mangsa patukan ular, iaitu yang khusus untuk jenis ular tertentu (antivenom monovalen), manakala satu lagi berkesan untuk beberapa bisa ular (antivenom polivalen).
Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kesihatan telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak cuba menangkap ular-ular untuk tujuan pengenalpastian, kecuali ular itu sudah mati atau dilakukan individu terlatih.
Jelasnya, bekalan antivenom boleh didapati di 139 hospital kerajaan di seluruh negara dan kementeriannya sedang bekerjasama dengan hospital universiti dan Pusat Racun Kebangsaan untuk menangani kes patukan ular kompleks.
