Anuar yang dipetik Harian Metro Online sebagai berkata, model lelakinya hanya memakai seluar di pentas peragaan, kerana beliau mahu menampilkan keunikan koleksi rekaan seluar ‘slimfit’ itu yang dilengkapi dua poket kiri dan kanan, serta mempunyai getah di bahagian belakang, bagi memudahkan pergerakan pemakai ketika menunaikan solat.
“Saya tidak akan buat kerja gila dengan menunjukkan rekaan samping atau seluar tanpa baju untuk dipakai pada pagi raya.
“Sebaliknya, rekaan itu adalah set lengkap yang merangkumi baju, seluar dan samping.
“Tujuan saya pakaikan model lelaki dengan seluar atau samping adalah untuk menampilkan rekaan itu dengan jelas kepada orang ramai.
“Sebelum pertunjukan bermula, saya sudah fikir kemungkinan dikritik orang ramai yang mungkin tidak faham dengan tindakan saya itu,” katanya kepada akhbar itu, semalam.
Tindakan Anuar memuat naik beberapa gambar koleksi rekaan Baju Melayu yang diperagakan mode-model lelaki dalam majlis ‘An EIDevening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men’ ke Instagram, mendapat kritikan warga maya yang mahu pereka itu menghormati bulan Syawal.