Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu menampilkan sesetengah model yang memperagakan rekaan seluar tanpa baju.
Tindakan Anuar memuat naik beberapa gambar rekaannya ke laman sosial Instagram menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.
Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu mendedahkan aurat.
“Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat,” tulisnya.
Selain”Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting selitkan warna-warna Aidilfitri,” kata abam_ad96 pula.
Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran pereka biasa.
“Creative people thinks outside the box.. good job,” kata ronn_luffy.
Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai rekaanya itu.
