“Saya tidak merancang untuk mengambil jawatan seterusnya iaitu sebagai Gabenor di Sarawak,” katanya di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada majlis Sejiwa Senada Pelancongan di sini hari ini.
Ketua Menteri Sarawak seperti Adenan secara Automatik akan mengambil peranan sebagai gabenor negeri apabila bersara.
Mereka yang sebelum ini pernah menjawat jawatan itu adalah Abdul Rahman Yakub dan penjawat jawatan itu Ketua Menteri paling lama, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Adenan yang hadir bersama isterinya Puan Sri Jamilah Anu turut menghiburkan hadirin dengan beberapa buah lagu antaranya `The Young Ones’ dan `Getaran Jiwa’.
Dalam pada itu, Adenan bertekad akan terus berjuang memperkasakan negeri Sarawak dan akan berterusan untuk mendapatkan lebih banyak faedah dan royalti untuk negeri itu.
Sarawak akan mengadakan pilihan raya ke-11 pada 7 Mei ini.
Adenan berulang kali merayu kepada rakyat di negerinya untuk memberi beliau mandat bagi berkhidmat untuk satu penggal lagi.