Label ‘mak nyah’ tak bantu mereka berubah – Safiey Iilias

Label ‘mak nyah’ tak bantu mereka berubah – Safiey Iilias

Selepas bertahun-tahun hidup sebagai mak nyah sehingga menjadi viral di laman sosial, kini Saifuddin berhasrat mahu membantu golongan mak nyah yang lain untuk kembali ke insaf.

Mak-Nyah_600_1

PETALING JAYA:
Label dan penilaian ‘mak nyah’ yang sering diberikan orang ramai kepada golongan lelaki lembut langsung tidak membantu mereka untuk berubah.

Demikian kata Safiuddin Ilias atau lebih dikenali dengan Safiey Ilias menceritakan hidupnya yang telah jauh terpesong jauh dari landasan agama Islam dalam satu temuramah di sebuah stesyen televisyen.

Safiey yang bakal genap 22 tahun pada 19 Mei ini mendedahkan dia diberi rasa dan sifat lembut sejak berusia lima tahun.

“Kemuncaknya adalah sewaktu belajar di universiti apabila saya sering disindir dan diejek oleh rakan-rakannya sebagai ‘mak nyah’.

“Situasi itu membuatkan saya jadi ego. Alang-alang orang dah panggil saya mak nyah, baik saya jadi mak nyah dalam erti kata yang sebenarnya.

“Saya nak buktikan saya boleh jadi lebih cantik dari mereka (golongan perempuan),” katanya lapor Astro Awani.

Selepas bertahun-tahun hidup sebagai mak nyah sehingga menjadi viral di laman sosial, kini Saifuddin berhasrat mahu membantu golongan mak nyah yang lain untuk kembali ke insaf.

Bagaimanapun, dia terlebih dahulu mahu memastikan dirinya dilengkapi ilmu agama yang mencukupi serta mendalami teknik dakwah yang betul seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sebelum mengakhiri bicaranya dalam program televisyen terbabit, dia juga sempat berkongsi impiannya iaitu ingin menebus masa lalunya yang penuh kegelapan.

“Saya dah bazirkan banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus semua itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.