Penghuni kondominium digemparkan dengan bom

Penghuni kondominium digemparkan dengan bom

Mereka terpaksa dipindahkan selepas polis menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

bomb-damansara

PETALING JAYA:
Penghuni sebuah blok kondominium di Damansara Perdana di sini digemparkan dengan berita penemuan beberapa objek dipercayai bahan letupan di salah sebuah unit bangunan di kawasan berkenaan pagi tadi.

Kesemua mereka terpaksa dipindahkan selepas polis menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Skuad Pemusnah Bom, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dihantar ke lokasi tersebut dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat.

Hasil pemeriksaan di kondominium berkenaan membawa kepada penemuan objek yang dikatakan bahan letupan di salah satu unit kondominium terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.