
Kejadian pertama dilaporkan berlaku sekitar 6.45 pagi, membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun yang ditemukan meninggal dunia di laluan belakang kondominium itu, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22.
Penuntut universiti swasta di Setapak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, lapor Berita Harian.
Pada kira-kira 8.30 malam hari sama, seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun, juga penuntut di universiti sama, dipercayai jatuh dari aras paling tinggi di kondominium itu, yang mempunyai sebuah kafeteria.
Kedua-dua kejadian ini dilaporkan tidak mempunyai kaitan, selain berlaku pada hari sama di kondominium yang sama, membabitkan dua penuntut universiti yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Wangsa Maju Mohamad Lazim Ismail mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.