Keputusan itu dibuat bagi mematuhi arahan yang telah dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar demi menjaga ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini.
Perkara itu diumumkan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib dalam sidang media hari ini. Rakaman sidang media itu dimuatnaik di Facebook UTeM.
“Sebagai pusat kecemerlangan ilmu, UTeM berpandangan ia (syarahan) program ilmu yang baik. Pembabitan UTeM hanya sebagai tuan rumah sahaja.
“Namun, selepas mendapat nasihat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), UTeM tidak akan menjadi tuan rumah bagi program berkenaan,” katanya.
Khalid membuat arahan itu susulan bantahan ahli politik dan NGO bukan Islam kerana mendakwa Dr Zakir Naik pernah menghina agama lain.
Mereka juga mendesak kerajaan menghantar balik penceramah itu yang berasal dari India.
https://www.facebook.com/MyUTeM/videos/vb.214066449327/10154067064459328/?type=2&theater
