Raja Muda perkenan Dr Zakir berceramah di Perlis

Raja Muda perkenan Dr Zakir berceramah di Perlis

Asri sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya.

Mohd-Asri-Zainul-Abdidin
PETALING JAYA: Selepas dinasihatkan untuk tidak mengadakan forum di Melaka pada Ahad ini, pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik akhirnya diberi peluang untuk berceramah di Perlis.

Perkara itu dinyatakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abdidin yang memberitahu, jemputan itu telah diperkenan oleh Raja Muda Perlis.

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

“Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, Insya Allah Perlis terbuka untuk beliau (Zakir),” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut Mohd. Asri, beliau sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya.

Kedatangan Zakir Naik ke negara ini ini mendapat bantahan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana didakwa pernah menghina agama lain.

Tokoh Maal Hijrah 2013 itu pernah dilarang masuk ke Singapura dan United Kingdom.

Zakir Naik dijadual mengadakan forum agama di beberapa tempat termasuk di Putrajaya pada 16 April ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.