Suspek berusia 30 tahun itu menyediakan perkhidmatan menghantar bahan terlarang itu ke rumah atau pejabat mengikut tempahan pelanggan menggunakan motosikal dan kereta.
Kegiatan itu terbongkar apabila suspek ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis yang menyerbu stor penyimpanan dan memasak cecair ketum itu di Taman Puchong Permai di sini, semalam, lapor Harian Metro.
Harian Metro melaporkan, suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng berkata, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai kemhairan memproses sendiri daun ketum itu sebelum dijual.
