ADUN PKR ditahan kerana halang tugas polis

ADUN PKR ditahan kerana halang tugas polis

Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan perumahan di Taman Jaya.

Indera-Kayangan-Chan-Ming-Kai_polis_600

KANGAR:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kangar pukul 9.30 pagi ini.

ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan keselamatan.

Chan yang dihubungi Bernama hari ini berkata, beliau membuat bantahan itu kerana mendakwa, Syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan, Wari Kiew mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.