Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kadar itu sangat tinggi sekiranya dilihat secara perbandingan dengan kadar penggunaan di Singapura yang hanya menggunakan sebanyak 170 liter seorang sehari.
“Jika dibandingkan dengan piawaian yang dikeluarkan oleh WHO hanya 150 liter seorang sehari,” katanya di Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga memutuskan untuk meneruskan pemberian air percuma kepada penduduknya pada tahun ini (2016) kerana sepanjang program air percuma itu dilaksanakan sejak 2008, kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang laporan penyalahgunaan pemberian air percuma terbabit.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Hulu Kelang-PAS Saari Sungib jika terdapat bukti program air percuma itu telah disalahguna oleh pengguna dan rancangan kerajaan negeri pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Saari turut mengemukakan soalan tambahan jikalau kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk memindahkan sebahagian peruntukan daripada orang yang tidak perlu kepada mereka yang hanya memerlukan berhubung program air percuma.
Mengulas lanjut, Azmin menyatakan setelah selesai penstrukturan industri perkhidmatan air kelak, cadangan daripada Saari itu akan diambil perhatian yang serius.
“Setelah selesai penstrukturan industri perkhidmatan air yang juga menelan kos yang tinggi maka amat wajar cadangan yang dikemukakan oleh Hulu Kelang itu diberikan perhatian yang serius
“Supaya kos yang dikeluarkan ini menepati kumpulan sasaran pada yang berpandapatan rendah,” katanya.
