Bekas ahli Wanita UMNO itu diserang di media sosial oleh penyokong UMNO dan Najib yang menuduh beliau berniat jahat dan mahu mendapatkan sesuatu apabila berterusan menyerang Perdana Menteri.
“Saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk wang, jawatan atau kemahsyuran”, jawab Anina di Facebooknya.
Bekas pensyarah berkatra, sekiranya benar-benar hendak mendapatkan sesuatu daripada Perdana Menteri, beliau boleh makan dedak seperti yang dilakukan pemimpin UMNO yang menyokong Najib.
“Saya belajar di universiti sampai lah saya sendiri jadi pensyarah universiti. Jadi, saya ada lah sedikit kepandaian kerana saya mengajar di universiti. Bukanlah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh sangat sampai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.
“Kalau saya hendakkan sesuatu daripada Najib Razak, saya boleh makan dedak. Saya lebih berani dari Najib. Saya tidak takut sesiapa. Saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak,” katanya.
Anina yang dipecat kerana memfailkan saman kepada Najib berkata, tindakan beliau mengkritik Najib adalah untuk mencari kebenaran bukannya dibuat untuk mendapatkan sesuatu, kerana beliau mampu berdikari untuk mencari rezeki.
