Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata, pemandu teksi terpaksa membuat bantahan itu kerana kerajaan Barisan Nasiona (BN) gagal menyelesaikan isu perkhidmatan UBER dan Grabcar sehingga menjejaskan pendapatan pemandu texsi.
“Tunjuk perasaan yang diadakan sendiri oleh pemandu teksi tanpa kehadiran atau anjuran mana-mana parti politik atau NGO menunjukkan kemarahan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah rakyat.
“Penahanan mereka tidak menyelesaikan isu pokok yang menghantui rakyat hari ini. Usah bertindak zalim terhadap rakyat. Kezaliman ini harus dihentikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, bantahan itu juga merupakan isyarat jelas bahawa keperitan hidup rakyat yang dihimpit dengan kos sara hidup dan barang yang tinggi sudah sampai ke kemuncaknya.
“Satu penyelesaian yang efisyen dan drastik perlu diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu ini kerana pemandu teksi perlu menanggung kos yang tinggi setiap hari dan pendapatan mereka terjejas teruk akibat isu ini,”katanya.
Sehubungan itu, AMANAH turut menyatakan kesedian menawarkan khdimat guaman kepada mereka yang ditahan.
Semalam,lima pemandu teksi ditahan polis ketika mengadakan demontrasi di Bukit Bintang sehingga menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara.
Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi turut menyita dua kenderaan kerana menghalang lalulintas.
